Tanah Air Ku
AyahBoNDa SumBeR kEteNanGaN.. "Mereka yang berpengaruh, mereka itulah yang menguasai..Mereka yang berkuasa, belum tentu berjaya mempengaruhi.."
JOM BACA!!!
Berikut ini adalah himpunan pendapat para ulama terkemuka mengenai hukum muzik di dalam Islam.
Hukum muzik dalam Islam
Hukum muzik dalam Islam ialah bergantung kepada keadaaan muzik itu dimainkan, alatan muzik yang terlibat dan tujuannya. di bawah ini di sertakan petikan pendapat ulama-ulama mengenainya.
HUJJATUL ISLAM IMAM AL-GHAZALI
Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung.
Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa.
(Hj. Abd. Ghani Samsudin, Ishak Hj. Sulaiman, Dr. Engku Ismail Ibrahim, "Seni Dalam Islam", Intel Multimedia & Publication, P.J, 2001, hal. 34-39.)
*Kesimpulan- Menurut Imam Ghazali, semua alat muzik boleh digunakan asalkan ia tidak melibatkan perkara-perkara maksiat.
l- Imam Hujjatul Islam, Abu Hamid Al-Ghazali telah membincangkan permasalahan hukum nyanyian dan muzik dengan panjang lebar dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin dalam juzuk yang kelapan bahagian Al-Adat. Al-Ghazali di dalam perbincangannya telah membahaskan hukum muzik dan alatnya daripada pelbagai sudut sebelum mengeluarkan pandangannya. Beliau tidak hanya berpegang dengan zahir nas malah cubamenggali di sebalik nas, sebab dan ‘illah diharamkan beberapa alat muzik sebagaimana yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi SAW dalam hadith-hadith Baginda. Ini bertitik tolak daripada pegangan beliau bahawa nyanyian dan muzik adalah kelazatan-kelazatan dunia yang asalnya adalah halal dan harus.
Al-Ghazali menegaskan sebab pengharaman alatan yang dipetik (seperti gitar) dan ditiup (seperti serunai) sebagaimana yang disebut dalam hadith Nabi SAW bukan kerana alatan tersebut menimbulkan kelazatan kepada pendengar. Sekiranya demikian sudah tentulah diharamkan semua jenis suara atau irama yang membangkitkan kelazatan kepada pendengar. Kerongkong manusia, gendang, rebana kecil (duf) dan binatang-binatang seperti burung mempunyai potensi untuk menghasilkan irama-irama merdu yang mampu membangkitkan kelazatan di dalam sudut hati pendengar. Walau bagaimanapun Islam tidak mengharamkan suara-suara tersebut.
Oleh itu Al-Ghazali menyatakan sebab pengharaman alatan yang disebut di dalam hadith-hadith Nabi SAW adalah kerana alatan-alatan tersebut biasa digunakan oleh ahli-ahli fasiq, maksiat dan peminum-peminum arak dan menjadi syiar mereka.
Begitulah pandangan Imam Al-Ghazali tentang hukum penggunaan alat-alat muzik. Beliau melihat di
*Kesimpulan- Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin mengharuskan semua jenis alat muzik termasuklah yang dipetik seperti gitar dan yang ditiup/ berlubang seperti serunai, apatah lagi gendering.
Sebahagian yang lain pula seperti Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir ’mempunyai pandangan yang sama dengan Al-Ghazali. Mereka menyatakan pengharaman alat-alat yang disebut di dalam nas-nas hadith adalah kerana ia merupakan syiar ahli fasiq dan maksiat. Pada pandangan mereka muzik tidak haram dari sudut irama atau bunyinya. Tetapi yang menjadikannya haram ialah unsur-unsur luaran yang lain iaitu ia adalah alatan yang biasa digunakan di dalam majlis-majlis dan tujuan-tujuan yang bertentangan dengan batas syara’. Justeru itu alat-alat tersebut tunduk kepada perubahan tempat dan masa. Penggunaan alat-alat ini juga mestilah berlegar dala lingkungan yang dibenarkan oleh syara’.
(Al-Mufassal oleh Dr Abdul Karim Zaidan juzuk 4 ms 96)
*Kesimpulan- Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab Amir juga sependapat dengan Al Ghazali.
IMAM ASY-SYAUKANI
Mazhab Ahlul Madinah (ulama-ulama Madinah) dan lainnya seperti ulama Dzahiri dan jemaah ahli Sufi memberikan kemudahan pada nyanyian walaupun dengan gitar dan biola.
(Imām Asy-Syaukānī, NAIL-UL-AUTHĀR, Jilid VIII, hlm. 100-103)
*Kesimpulan- jelas boleh menyanyi, menggunakan alat-alat muzik bertali sperti gitar dan biola selagi tidak bercampur maksiat.
IMAM AL-HARAMAIN, ABDULLAH BIN ZUBAIR & ABDULLAH BIN UMAR
Imam Al-Haramain dalam kitabnya, An-Nihayah dan Ibnu Abi Ad-Dunya yang menukil dari Al-Itsbaat Al-Muarikhiin; bahwa Abdullah bin Zubair memiliki budak-budak (hamba) wanita dan gitar. Dan Ibnu Umar pernah kerumahnya ternyata disampingnya ada gitar , Ibnu Umar berkata: “Apa ini wahai sahabat Rasulullah saw?”. Kemudian Ibnu Zubair mengambilkan untuknya, Ibnu Umar merenungi kemudian berkata: “Ini mizan Syami ( alat muzik) dari Syam?”. Berkata Ibnu Zubair: “Dengan ini akal seseorang bisa seimbang”.
*Kesimpulan- ketiga-tiga ulama besar ini mengharuskan bermain gitar- sejenis alat muzik.
PUSAT KONSULTASI SYARIAH ERA MUSLIM
Sebagaimana telah diungkapkan di muka bahwa, hukum dasar yang berlaku dalam Islam adalah bahwa segala sesuatu pada dasarnya dibolehkan kecuali ada larangan yang jelas. Dengan ketentuan ini, maka alat-alat musik yang digunakan untuk mengiringi lirik nyanyian yang baik pada dasarnya dibolehkan. Sedangkan alat musik yang disepakati bolehnya oleh jumhur ulama adalah ad-dhuf (alat musik yang dipukul). Adapun alat musik yang diharamkan untuk mendengarkannya, para ulama berbeda pendapat satu sama lain. Satu hal yang disepakati ialah semua alat itu diharamkan jika melalaikan.
Pusat Konsultasi Syariah
http://www.eramuslim.com/ks/um/38/7315,2,v.html
DR. MUHAMMAD DEEN
Dr. Mohammad Deen mengambil pendirian bahawa hukum muzik dan nyanyian dalam Islam adalah HARUS selagi mana tidak disertai dengan perkara-perkara lain yang haram. Maknanya, muzik dan nyanyian menjadi haram disebabkan hal-hal lain bukannya sebab zatnya (bentuknya) sendiri. Maka kaedah fiqh yang bermaksud: “Asal hukum sesuatu perkara adalah harus selagi mana tiada nas sahih yang mengharamkannya”.
*Kesimpulan- bentuk alat muzik yang berlubang (seperti seruling dan gendang) ataupun yang bertali (seperti gitar dan piano) bukanlah penyebab ia menjadi haram.
FAKULTI USULUDDIN IAIN WALISONGO, INDONESIA
Jika lahwa-al hadits diartikan nyanyian/musik yang kata-kata/iramanya menjadikan orang tersesat dari jalan Allah, maka bagaimana sekiranya hal tersebut membawa orang untuk ingat dan dekat dengan Allah, secara mafhum mukholafah (kebalikannya) adalah diperbolehkan.
Islam tidak membunuh/mematikan fitrah manusia dan instingnya. Tetapi mengatur, menyalurkan dan mengarahkannya ke arah yang positif dan tidak sampai melanggar batas-batas yang telah ditentukan serta diridhai oleh Allah. Misalnya orang mempunyai bakat seni musik atau seni suara tidak dilarang oleh Islam bila ia mengembangkan bakatnya. Lalu menekuni musik atau nyanyian, sehingga menjadi musikus atau penyanyi yang baik.
Bahkan Islam sangat menghargai bila orang yang mempunyai bakat seni lalu menggunakannya sebagai sarana dakwah Islam. Para wali yang berdakwah di bumi Nusantara ini khususnya di Jawa juga menggunakan jasa musik dan nyanyian. Seperti beduk, kentongan, alat gamelan, wayang kulit yang digubah sesuai dengan ruh ajaran agama Islam.
Menurut saya musik dan nyanyian sekaligus alatnya adalah masalah duniawiyah yang harus dilihat dampaknya, positif atau negatif. Bila berdampak menjauhkan diri kita dari Allah, maka musik dan nyanyian tersebut menjadi maksiat. Tetapi sebaliknya jika musik dan nyanyian tersebut dapat mendekatkan diri kepada Allah bahkan dapat menambah keimanan serta ketaqwaan kita kepada-Nya, maka justru musik dan nyanyian diperintahkan oleh agama.
(Fakultas Ushuluddin IAIN Walisongo, d/a LPK2 (Lembaga Pengembangan Keagamaan dan Kemasyarakatan) dan Lembkota Jl. Boja Km 1, Ngalian Semarang,Indonesia)
IBNU HAZM & QADI ABU BAKAR AL-ARABI
Adapun hadis-hadis Nabi yang melarang nyanyian, semuanya ada cacat, tidak ada satupun yang selamat dari celaan oleh kalangan ahli hadis, seperti kata al-Qadhi Abubakar bin al-Arabi: "Tidak ada satupun hadis yang sah yang berhubungan dengan diharamkannya nyanyian."
Dan berkata pula Ibnu Hazm: "Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan palsu."
Selanjutnya Ibnu Hazm menolak anggapan orang yang mengatakan; bahwa nyanyian itu sama sekali tidak dapat dibenarkan, dan termasuk suatu kesesatan, seperti firman Allah:
"Tidak ada lain sesudah hak kecuali kesesatan." (Yunus: 32)
Maka kata Ibnu Hazm: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Adapun nyanyian yang disertai dengan alat muzik maka ulama yang menghalalkannya mengatakan bahwa semua Hadits yang membahas masalah ini nilainya tidak sampai ke tingkat shahih maupun hasan. Inilah yang dikatakan oleh Al-Qadhi Abu Bakar Ibn-ul-'Arabi
(Lihat Abu Bakar Ibn-ul-'Arabi, AHKAM-UL-QURAN, Jilid III, hlm. 1053-1054):
FATWA KEDAH
“Harus menggunakan alat – alat muzik sama ada bersifat tradisi atau moden selagi ia tidak bertentangan dengan Islam dan tidak melalaikan.”
*Kesimpulan- semua alat muzik harus dimainkan asal kena dengan caranya dan permasalahan ini (alat muzik) ada khilaf dikalangan para ulama' dan kita hendaklah menerimanya dengan berlapang dada.
Temukan Cinta Anda
Tambahkan Cinta Dan Kurangi Benci
Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Sesungguhnya harta benda dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian.Di sisi Allah jualah pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."
Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."
Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.
Kelalaian pertama : Kurang berdoa
A. Kurang berdoa semasa mengandung.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)
B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti :
- menakutkan anak-anak dengan sekolah.
- menakutkan dengan tempat gelap.
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.
Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.
Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.
Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.
Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."
Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.
Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.
Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.
Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.
Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.